KEDUDUKAN PELARI
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS
‡Dalam acara 4 x 100 meter, baton dihantar oleh dua orang pelari yang berlari pada tahap kelajuan maksimum. Teknik penghantaran baton tanpa lihat digunakan dan pertukaran baton adalah dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter. Acara ini memerlukan empat orang peserta yang bertindak sebagai pelari pertama, kedua, ketiga dan pelari terakhir.
KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON
1. Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini.
2. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan.
3. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.
4. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.
SEMASA LARIAN
1. Aturan umum
a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.
b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan.
c) Membuat pertukaran yang bersih.
d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.
2. Pelari pertama
a) Gunakan blok permulaan.
b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.
c) Berlari pada selekoh pertama.
d) Membawa baton pada tangan kanan.
3. Pelari kedua
a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan.
d) Berlari dalam lorong sendiri.
e) Menerima baton dalam zon pertukaran.
4. Pelari ketiga
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.
c) Membawa baton pada tangan kanan.
d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.
5. Pelari keempat
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari.
d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.