FASA PERSEDIAAN
- Fasa Persediaan Umum.
Tujuan utama fasa persediaan adalah untuk menyediakan asas yang kukuh kepada tugas yang akan dilakukan kemudiannya. Masa yang secukupnya harus diperuntukkan untuk membolehkan badan mengadaptasi kepada tuntutan latihan fizikal dan pertandingan yang bakal dihadapi.
Untuk permulaan yang baik, atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh. Langkah pemecutan yang cepat dipengaruhi oleh tahap momentum seseorang atlet semasa melepaskan diri dari permulaan.
Oleh itu, bagi mendapatkan momentum yang baik, atlet harus memastikan posisi badannya dalam keadaan yang sistematik dan selesa.
- Teknik asas permulaan:
a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start)
b) Gaya sederhana(Medium Start)
c) Gaya Panjang(Elongated Start)
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat pada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach, seorang atlet dan jurulatih yang berwibawa(mengikut Payne, 1985). Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya Peluru
- blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya Sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya Panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Penempatan blok permulaan yang lebih tepat
Chis Brook(1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling:Novice to Championship mengemukan satu cara penempatan blok yang lebuh tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.
Nilai dicari Cara mengira
Panjang kaki : Dari trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan : Panjang Kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok : Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh : Panjang kaki = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.3 cm ( a)
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm (b)
Nilai dicari Cara mengira
Panjang kaki : Dari trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan : Panjang Kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok : Panjang kaki ____ × 0.42
Contoh : Panjang kaki = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.3 cm ( a)
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm (b)