PENGENALAN OLAHRAGA
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun 1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan.
Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakkan manusia
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos" yang bermaksud "bertanding". Tarikan yang ada pada acara sukan ini juga telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, ianya dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports” acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College Athletic Club.
Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.
Terdapat beberapa temasya lain diadakan di Eropah semasa era klasik iaitu :
- Sukan Panhellenic:
- 1. Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun
- 2. Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun
- 3. Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun
- Sukan Rom : acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.
- Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah. Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar di bawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.
- 1. Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) diadakan di Delphi setiap empat tahun
- 2. Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) diadakan di Argolid setiap dua tahun
- 3. Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap dua tahun