TEKNIK HANTARAN BATON
Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan. Dua cara menghantar baton ialah :
HANTARAN ATAS
1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka.
2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.
HANTARAN BAWAH
1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.
2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.
3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.
3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.