PERATURAN & UNDANG-UNDANG
Aspek-Aspek Keselamatan:
Peraturan Lari berganti-ganti
- Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.
- Kemudahan peralatan
- Persekitaran atau tempat beraktiviti.
- Penyeliaan, arahan dan bimbingan.
- Memahami latihan yang sistematik.
- Perlakuan murid.
Peraturan Lari berganti-ganti
- Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
- Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-tengahnya.
- Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m.
- Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat
- Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya.
- Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.
- Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.
- Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
- Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
- Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.