MATLAMAT
- Berhasrat melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.
- Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid.
- Dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
- Untuk menaikkan mutu dan prestasi sukan olahraga di sekolah, pelajar-pelajar akan memperolehi kecemerlangan, keputusan dan kejayaan yang lebih baik dalam arena sukan.
- Dapat mencungkil bakat baru yang terpendam dalam kalangan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan
- Seterusnya dapat melahirkan atlit sukan yang berwibawa.
- Dapat menggalakkan pelajar-pelajar bergiat secara aktif dan mengambil bahagian dalam sukan terutamanya olahraga.
- Untuk menjadikan pelajar-pelajar sentiasa cergas dan sihat serta dapat membantu seseorang pelajar dalam bidang akademik.
- Olahraga ini juga dapat memupuk semangat dalam kalangan ahli-ahli kelab ini semasa aktiviti sukan dijalankan.